Sabtu, 23 Julai 2011

Bila Hati Sudah Suka..


Bila hati sudah suka.. semua indah saja.. hehe.. tetiba je nak ckp pasal ni.. sbb dah lama tak update blog.. jadi mlm ni tak da keje.. update la..

Bila cakap mcm ni.. semua org suke.. Sebagai seorang perempuan, kebnayakkan keputusan dak berpihak pada kita.. Kebanyakkan proses membuat keputusan berada di tangan lelaki.. Dalam soal hati dan perasaan, bila kita (perempuan) suka kan seseorang.. mesti susah nak diungkapkan.. perasaan tu hanya terpendam dalam hati saja.. tak kan kita (perempuan) nak gtau kat dia yang kita suka kat dia.. malu.. istilah perigi menncari timba tetiba muncul.. kalau nak diikutkan.. istilah tu sekadar adat.. bukan perkara wajib.. benda ni boleh ditukar.. tapi kita (perempuan) tinggi rasa malu.. Disebabkan itulah kami (perempuan) lebih memendam perasaan..

Selasa, 17 Mei 2011

SeLaMAt hArI GuRU..



16 Mei 2011 merupakan tahun pertama aku menyambut sambuatan hari guru.. Baru aku tahu betapa bermaknanya hari ini..
Semoga kau menjadi guru yang berjaya membawa pelajar ke arah yang lebih cemerlang.. amin..

Khamis, 14 April 2011

Jalan-jalan Cari Makan Bersama Keluarga Dan Famly PakNdak

Ehem.. gaji pertama aku, aku banyak habiskan untuk keluarga tersayang.. Adik-adik, abang, mak dengan ayah masing-masing dapat habuan masing-masing.. hehe.. Kebetulan masa tu abang balik kampung jadi pe lagi.. aku ajak g la makan kat luar kat Puncak Mutiara, kat kampung Pelet... Cantik tempat dia.. Meh la tengok gambar kami... hehe







Khamis, 7 April 2011

sUdAh LAmA Ma,,,,

Ermmm,,, sangat lama tak update blog.. bukan pe terlupa pasword.. hehe.. so, sekarang ni dah ingat dah pasword.. Cerita terakhir yg aku post dalam blog ni pasal praktikum.. skarang ni aku dah posting.. aku start keje 2 Feb 2011 di MBS ( Methodist Boys School )... Sudah jadi ckgu ma...

Sabtu, 27 Mac 2010

PrAkTiKUm..

Ari ni genap 59 hari aku memulakan praktikum aku dekat SMK Simpang, Taiping.. Pejam celik.. pejam celik dah nak masuk bulan 4.. bulan 5 dah nak abes praktikum.. tak sabarnya nak gradd..... huhuu.. sepanjang tinggal kat Simpang ni, aku berkesempatan bertemu dengan kawa baru.. kiah, syud, tikah, timah, yan, eni, kakak malisa ngan ain.. zu pun kawan aku gak yg prktikum ngan aku skali.. mcm2 xtvt kami buat sepanjang kami kat sini..hehe
Erm... dah lama aku tak on blog aku ni.. memang tak update lama dah la.. perasaan malas terlalu tinggi.. ari ni agak rajin.. so apa lagi, nak update la apa yg patut..

Rabu, 22 Julai 2009

PertEmpUrAN Di kUaLa LuMpUr

Tanggal 19 hari bulan tahun 2009, aku dan konco-konco aku telah turun ke medan perang untuk berperang demi kehidupan kami semua.. Antara konco-konco aku adalah Ina, Pia, Mizah dan juga Yati.. Kami berlima telah mengambil keputusan untuk keluar berperang pada jam 8.30 pagi. Dalam perjalanan ke medan pertempuran, kami telah mengenalpsti beberapa tempat untuk kami serang. Tepat jam 9.30 pagi perjalanan kami bermula tanpa sebarang halangan. Tempat pertama yang kami serang adalah Mid Valley.. kami dapati terdapat banyak musuh yang menanti kehadiran kami.. Malangnya, kami semua tewas di sana.. Ikutkan hati kami semua ingin menyerang pawagam di sana, tetapi kami terpaksa mengeluarkan bendera putih kerana terlalu ramai musuh berbanding kami berlima. Tiba-tiba kami semua terjumpa suatu tempat yang dipenuhi dengan makanan. Kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar sebelum kami meneruskan perjuangan kami.
Tempat seterusnya yang menjadi sasaaran kami adalah tempat yang di penuhi dengan binatang yang berbulu.. Di sini kami mengambil keputusan untuk tidak melakukan serangan kerana makhluk yang ada di sana semuanya cute belaka.. Kami menarik diri di sini..





SErANgAN pERTAMA dI mID vElLeY


Serangan seterunya adalah di kawasan hitam yang digelar Masjid India.. Di sini kami berjaya merampas pelbagai peralatan yang menarik.. Musuh kami semua tunduk tanda hormat dan takut pada kami. Muahahaha.. antara barang yang aku rampas adalah 2 pasang jam yang dianggarkan berharga RM 10, 5 kerongsang yang bernilai RM 10 juga, 2 pasang kerongsang berbentuk daun yang berhargA RM 6 dan sehelai kain batik yang berharga RM 17.50 itu pun setelah aku memaksa musuh aku menurukan harga. Itu hanya barang aku sahaja.. Barang konco-konco aku, aku tidak dapat nyatakan disini atas sebab ETIKA KERAHSIAAN.
Setelah penat kehulu-kehilir kami mengambil keputusan untuk berhenti menyerahkan diri kepada PENCIPTA di Masjid India..


Setelah mendapat ketenangan, kami mengambil keputusan untuk mencari satu lagi tempat yang telah kami rancang untuk melakukan serang hendap. Kini tiba lah masa kami semua mendarat di Sogo.. Lagi ramai orang dekat sini.. setelah bergelut di dalam Sogo dalam keadaan berkaki ayam di sebabkan lenguh, akhirnya kami berjaya menawan 3 helai baju dan banyak lagi... Muahahaha