Jumaat, 13 Mac 2009

Minggu yang paling menyeksakan aku..

Minggu yang paling menyeksakan aku..

Tension, sedih, geram semua ada. Masalah betul. Ada ke patut laptop aku boleh rosak. Memang la patut. Tapi dia rosak tak kena masa la. Dah la minggu ni kena hantar assgmnt. Hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu. Laptop aku rosak masa aku terlibat dengan program di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun. Masa tu aku boleh lagi cover perasaan aku. Bila dah balik dan aku dapat tahu hardisk aku rosak, menangis tahap gaban juga la. Sampai bengkak mata aku dah la kalau nak baiki kena bayar dalam RM 200 jugak la. Mana la aku nak cekau duit. Nasib baik aku punya waranty ada lagi. Apa lagi, aku kol la mak citer apa yang berlaku sambil aku menangis teresak-esak. Aku tak akan menangis kalau minggu ni asgmnt tak payah hantar. Masalahnya semua asgmnt aku ada dalam laptop. Huhuhu.

Aku hantar mesej kat abang aku. Aku cakap aku nak hantar laptop aku dekat dia. Aku nak suruh dia bawak laptop aku kat kedai yang dia beli. Laptop ni, dia yang tolong belikan. Mak aku risau juga masa aku telifon mak, sampai mak telifon abang aku. Aku nak buat macam mana, dah aku tak boleh nak tahan menangis. Aku nangis je la. Lepas mak aku telifon abang aku, mak telifon aku pulak. Dia cakap, abang akan datang Tanjong Malim, ambik laptop aku dan bagi laptop dia untuk aku buat asgmnt. Nasib baik dia tinggal dekat Kuala Lumpur. Dekat la juga. Tapi aku kesian gak kat dia. Balik keje jer, terus datang kat aku. Kat sini baru aku sedar, yang abang aku sayang kat aku sebenarnya. Di sebalik kegarangan dia, ada jugak rasa sayang terhadap adik-adik dia.

Aku terharu sangat-sangat sebab dia sanggup datang sini. Terima kasih banyak-banyak. Di sebalik minggu yang banyak dugaan dan tekanan ini, sebenarnya aku bersyukur sebab aku dapat rasakan sifat sebenar abang aku. Dia sebenarnya seorang yang penyayang dan juga ambil berat. Baru aku sedar. Selama ni aku ingat dia ni orang yang garang je. Walau apa pun, hanya satu yang aku nak katakan di sini.

“AKU SAYANG SANGAT DEKAT ABANG AKU”