Selasa, 17 Februari 2009

AnDa BeLuM mAtaNG sEkiRaNYA



MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau anda tidak solat langsung!

MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun!

ASYIK terkenangkan wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui

SUSAH hati jika tidak menerima surat, email atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau menghantar SMS kepada ibu bapa di kampong.

MEMAKAI pakaian yang sehabis cantik untuk ‘dating’ dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I Love U’ berbanding kalimah zikir seperti: Subahanallah, Alhamdullialh dan Allah hu Akbar’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan