Jumaat, 13 Februari 2009

JaLaN-jALaN Di mELaKa


Hari ni aku ngan kawan-kawan pergi ke Melaka untuk menyiapkan tugasan Kaunseling Silang Budaya…Seronok sangat sebab kami pergi tanpa sesiapa pun yang tahu arah yang sepatutnya kami ikut.. Kami main redah jer.. Nasib baik kami tak sesat. Tapi pengalaman hari ini sangat berharga. Macam-macam yang berlaku.. Aku tak akan lupa semua ni. Niat dihati nak berjalan-jalan di negeri Melaka, tapi aku ketepikan dahulu niat itu selagi apa yang kami cari tak jumpa. Finally, kami bertemu juga dengan apa yang kami mahukan.. iaitu keluarga Baba Nyonya..

Kebetulan keluarga ni mengusahakan perniagaan kuih tart nenas. Kami pun ambil peluang untuk merasa kuih tart dan ada juga dalam kalangan kami yang membeli. Kedai ni amat terkenal kerana ramai orang kenamaan telah datang ke kedai beliau dan pernah menerima Malaysia Book Of Records kerana membuat kuih tart terbesar di Malaysia. Dah terlajur bercerita tentang perniagaan ni, aku nak ajak la semua orang supaya mengunjungi kedai ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan