Isnin, 6 Julai 2009

CuTI oH cUti

Dah lama aku tak buka blog aku nie.. Maklumlah cuti dua bulan.. Hmmm macam-macam yang jadi masa cuti yang lepas. Kenduri la, mengecat la banyak lagi la.. Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat kawan aku yang selamat melansungkan majlis perkahwinan. Aku bila lagi??? Lambat lagi rasanya... Lagi satu, buat Sal, mus nak ucapkan semoga cepat sembuh.

Tak banyak yang berlaku sepanjang dua bulan cuti semester ni.. Tapi perkara yang paling popular masa cuti ialah kenduri kawin. Banyak giler kenduri kawin. Sampai tak termampu nak pegi.. aku ni jenis segan gak nak gi kenduri kawin orang. Aku pun tak tahu kenapa? Nak kata aku pemalu tak de la sangat.. mak terutama sekali ayah aku selalu cakap :

“Angah, kalau kita tak pegi kenduri orang, takut nanti bila kita buat kenduri tak dak orang nak mai.”

So, terpaksalah aku pegi. Takut gak nanti kalau-kalau aku nak kawen (cewah) tak de orang plak nak datang... masa cuti ni jugak, makcik aku (sebelah ayah) buat kenduri arwah tok kat kampung.. Satu yang aku suka masa kenduri arwah ni ialah ‘makan nasi talam’. Dah jarang orang buat kenduri ‘makan nasi talam’. Daripada tak lalu makan terus selera makan. Betul, tak tipu. Orang lain tak tahulah pernah ke tak ‘makan nasi talam’ ni. Memang dah jadi kebiasaan orang kampung ni ‘makan nasi talam’ bila ada kenduri arwah. Sebenarnya nasi talam ni kita letak nasi dalam talam bulat lepas tu diaorang letak sekali lauk. Maknanya kita makan nasi dalam talam dalam 4 orang satu talam. Masa kenduri arwah tu, kami buat nasi merah kauk ayam, gulai daging, pesamah daging ngan air asam. Pergh.... sedap.

Selain kenduri, aku gak buat kerja amal. Nak tahu apa? Aku tolong mengecat Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK). Kebetulan kawan aku kerja kat situ dan pusat tu tak da bajet untuk upah orang mengecat.jadi daripada tak buat apa baik aku tolong kawan aku. Baru aku tau betapa penatnya mengecat. Aku pun dah tau macam mana nak cat dengan cara yang betul. Pas ni lau ada sapa2 yang nak suruh aku mengecat boleh la. Hehehe.

Selain tu, kebetulan masa cuti, ada ekspo kat tempat aku. Sempat la aku singgah untuk melihat barang yang dijual kat sana. Lagi satu aku juga sempat singgah kat pameran buku. Macam-macam buku ada. Buku tulisan Pn Nazariah ngan En Aziz Shah pun ada. Tajuk dia mengenai fasilitator. Niat di hati nak beli, malangnya duit tak ada. Maklumlah...
Lagi satu aku nak cerita, masa cuti ni jugak la air jambu dijual. Aku memang teringin nak rasa air ni.. tak dapat-dapat nak beli.. tak de rezeki. Kebetulan pada petang tu, adik aku keluar dengan kawan dia. Dia tolong belikan dekat aku air jambu tu. Terima Kasih sebab ingat kat Angah.. hehehe. Sayang gak adik aku kat aku.. satu cawan yang biasa kita beli tu RM 1.50. Kalau tambah asam boi, RM 2. Mahal gak.

Apa lagi ek yang aku buat sepanjang cuti lepas? Ha.. aku kena kupas dan potong ubi kentang. Tiap hari ni la keje aku setiap pukul 12 tngahri. Mak aku ni menjual. Dia jual nasi lemak dengan bermacam-macam jenis kuih termasuklah karipap. Ubi ni untuk dibuat inti karipap. Ia mangambil masa dalam 1 jam untuk menyiapkannya. Sampai habis jari aku. Tak pe demi mak puny pasal, Angah sanggup buat. SAYANG MAK.

Aku hampir lupa ada beberapa ucapan aku ucapkan pada bulan Mei dan Jun. Pertama sekali, besday adik lelaki aku yang ke 20 tahun. Pas tu, besday mak aku pulak yang ke 46 tahun. Then kawan aku pulak, Mizah.. Hapy Besday... Selamat hari ibu buat mak dan selamat hari bapa buat ayah... Luv Mak ngan Ayah sangat-sangat.

Aku rasa takat ni je la. Aku pun dah tak ingat apa yang aku dah buat masa cuti lau aku ingat aku samung balik. Adiosss.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan