Jumaat, 20 Februari 2009

Rabu, 18 Februari 2009

BaGi SaPEr-sApER yaNg SuKa SeNi

AkU bORiNg



Nak tau tak apa yang aku buat bila aku boring terutama sekali bila dalam kelas??
Macam-macam aku buat... Ops..silap, aku ngan kawan-kawan aku buat sebenarnya..
Kadang-kadang kami melukis, sambung ayat, yang paling best skali tido.. hehehehe. Tengoklah hasil seni kami....

Selasa, 17 Februari 2009

AnDa BeLuM mAtaNG sEkiRaNYA



MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan ‘kekasih’ sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis yang anda ‘cintai’ melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau anda tidak solat langsung!

MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh wanita yang anda minati.

SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun!

ASYIK terkenangkan wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui

SUSAH hati jika tidak menerima surat, email atau SMS daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau menghantar SMS kepada ibu bapa di kampong.

MEMAKAI pakaian yang sehabis cantik untuk ‘dating’ dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

LEBIH banyak mengucapkan kalimah ‘I Love U’ berbanding kalimah zikir seperti: Subahanallah, Alhamdullialh dan Allah hu Akbar’

pEnat..pEnAt


“Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup”
Pernahkan anda berasa amat letih dan penat sepanjang anda bekerja???? Ingin tahu mengapa ini terjadi??? Mari kita semak bersama kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.

Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.

Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll).

Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.

Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, org yg kena buang kerja dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluru Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).

Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung...

...jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit....

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk
kesahihannya di Pusat2 Bancian,
Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya,
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat.
HAHAHA

Jumaat, 13 Februari 2009

JaLaN-jALaN Di mELaKa


Hari ni aku ngan kawan-kawan pergi ke Melaka untuk menyiapkan tugasan Kaunseling Silang Budaya…Seronok sangat sebab kami pergi tanpa sesiapa pun yang tahu arah yang sepatutnya kami ikut.. Kami main redah jer.. Nasib baik kami tak sesat. Tapi pengalaman hari ini sangat berharga. Macam-macam yang berlaku.. Aku tak akan lupa semua ni. Niat dihati nak berjalan-jalan di negeri Melaka, tapi aku ketepikan dahulu niat itu selagi apa yang kami cari tak jumpa. Finally, kami bertemu juga dengan apa yang kami mahukan.. iaitu keluarga Baba Nyonya..

Kebetulan keluarga ni mengusahakan perniagaan kuih tart nenas. Kami pun ambil peluang untuk merasa kuih tart dan ada juga dalam kalangan kami yang membeli. Kedai ni amat terkenal kerana ramai orang kenamaan telah datang ke kedai beliau dan pernah menerima Malaysia Book Of Records kerana membuat kuih tart terbesar di Malaysia. Dah terlajur bercerita tentang perniagaan ni, aku nak ajak la semua orang supaya mengunjungi kedai ini.